klpost

Asalkan gadis masih dara Pelacuran berharga RM 1500

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Gara-Gara Gila Duit Sanggup Melacurkan Anak Gadisnya :Seorang wanita layak digelar ‘ibu setan’ kerana bukan saja melacurkan anak gadisnya yang kini berusia 13 tahun.

Suami wanita terbabit, yang juga bapa tiri kepada mangsa, sanggup bersubahat melakukan kegiatan terkutuk itu dengan alasan untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Difahamkan, pada mulanya, ibu durjana yang berusia 30-an itu terpengaruh dengan tawaran seorang lelaki menawarkan RM1,500 untuk meniduri anaknya, asalkan gadis terbabit masih dara.

Gelap mata dengan bayaran bakal diterima itu, wanita berkenaan bersama suami serta seorang rakan, membawa anaknya ke bandar raya ini dengan alasan bersiar-siar sebelum ditinggalkan seorang diri di bilik sebuah hotel di sini.

Seorang lelaki memasuki bilik hotel berkenaan lalu merogol mangsa sebelum meninggalkan gadis berkenaan.

Difahamkan, sebelum meninggalkan hotel, lelaki terbabit telah menyerahkan wang kepada ibu mangsa seperti dijanjikan setelah yakin gadis berkenaan masih dara. – Gara-Gara Gila Duit Sanggup Melacurkan Anak Gadisnya. -forblogger