klpost

Artis popular dijampi oleh peminat wanita

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR: Gara-gara menolak lamaran untuk menjadi suami, pelakon dan penyanyi Razali Hussain mendakwa menderita akibat disantau seorang peminat wanita.

Pelakon yang baru muncul dengan filem komedi Man Sewel Datang KL itu berkata, selepas menolak lamaran wanita yang juga peminat tegarnya, dia berdepan pelbagai masalah kesihatan sehingga menjejaskan kerjaya seninya.

Malah, beberapa perniagaan diusahakannya hasil titik peluh bergelar artis turut terkena tempias.

Menurut Metro, Razali berkata, semuanya bermula apabila dia dihampiri seorang wanita yang mengaku sangat meminatinya. Malah, wanita itu sering memberi hadiah sebagai tanda sokongan. Hinggalah pada satu tahap, wanita itu meluahkan isi hati untuk melamar Razali sebagai suami.

“Saya menolak lamaran wanita itu dengan cara baik, tapi tidak sangka pula dia berdendam. Selepas beberapa ketika, dia masih memberi hadiah tapi tidak lama selepas insiden itu, kami tidak lagi berhubung.