klpost

Artis baru diminta mengadakan hubungan seks dengan pengarah atau penerbit

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Kuala Lumpur – Isu artis baru yang diminta mengadakan hubungan seks bersama pengarah atau penerbit adalah isu yang telah lama meniti di mulut masyarakat kita baik oleh penggiat seni mahupun masyarakat Malaysia amnya.

Timbalan Presidennya, Zed Zaidi berkata, pihaknya sentiasa memantau kejadian sebegitu dan tidak menafikan ia masih berlaku.

Hanya lima hingga 10 peratus artis yang mengalami gangguan seksual sejak terbabit dalam industri seni membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) biarpun jumlahnya dikhuatiri lebih ramai.

Katanya, kebanyakan kes membabitkan artis wanita yang baru mencuba nasib menjadi pelakon atau penyanyi yang diminta habuan seks oleh segelintir pengarah dan penerbit tidak bertanggungjawab.

“Kebanyakan mereka orang baru dalam industri. Ada di kalangan mereka terdesak mengejar cita-cita menjadi artis hingga sanggup menggadai maruah.

“Mereka (pengarah dan penerbit tertentu) pula ambil kesempatan dengan menawarkan watak dalam filem atau drama serta peluang merakamkan album, tetapi dengan syarat serahkan tubuh,” katanya yang juga Ketua Biro Seniman Muda kepada Metro Ahad.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berkata, artis yang menjadi mangsa diminta segera membuat laporan polis, termasuk dengan Seniman, bagi memudahkan persatuan membuat tindakan selanjutnya.

Menurutnya, Seniman akan memberi bantuan yang difikirkan sesuai, termasuk memberi nasihat berkaitan undang-undang menerusi Penasihat Undang-Undang mereka.