klpost2

Apex dan Eilunie sah bergelar suami isteri

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

TUMPAT  –  Selepas 10 bulan menjalin hubungan, penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, akhirnya sah bergelar suami isteri pagi ini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib kira-kira pukul 10.25 pagi ini dengan disaksikan oleh ahli keluarga terdekat termasuk ibu bapa kedua mempelai di rumah keluarga Leuniey di sini.

Pada majlis tersebut, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan Apek telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM19,000 bersama tujuh dulang hantaran dan Nur Eilunie atau Leuniey membalas dengan tujuh dulang.

Apek yang mengenakan baju berwarna kuning muda sah menjadi suami kepada Leuniey dengan sekali lafaz dan lebih 2,000 tetamu termasuk peminat setia mereka hadir pada majlis pernikahan tersebut. – UTUSAN