klpost

Apa pandangan anda sebelum kemuncak Isnin ini bagi perlawanan Spain Vs Itali Euro 2012 final?

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Euro 2012 Final : Spain Vs Italy : Siapa sangka perlawanan final Euro 2012 kali ini menemukan Spain VS Italy? Tiada siapa yang menyangkanya. Di atas kertas pemerhati bola sepak dunia lebih memilih pasukan glamor dan tersohor seperti Jerman, Belanda dan juga Spain merupakan antara senarai pasukan pilihan utama trofi paling berprestij di Benua Eropah ini. Tetapi inilah yang dikatakankelebihan bagi pasukan yang bergelar Azzuri ini.

Mereka berjaya bermain dan dan menunjukkan prestasi sebenar tanpa sebarang harapan dan tekanan sebaliknya menunjukkan prestasi yang menakjubkan dalam Euro 2012 ini.

Tiada siapa menyangka Itali mampu pergi sejauh ini. H

Vicente Del Bosque (jurulatih Spain) mengatakan mereka akan meletakkan 3 penyerang bagi mengempur kubu pertahanan kental Italy bagi final Euro 2012 kelak. Agak-agaknya berapa pula pertahanan yang akan digunakan dan bentuk taktikal yang digunakan oleh pauskan Italy bagi menyerap dan menangkis serangan bertali arus daripada barisan hadapan Spain?

Pasukan Spain yang rata-rata dibarisi oleh pemain dari Liga Sepanyol popular apabila seringkali mengamalkan pemainan yang boleh dikatakan agak tersusun dan kemas dengan hantaran pendek sehingga memberikan kelebihan pasukan Sepanyol umumnya dan juga pemain tengah yang cukup berpengaruh seperti Xavi Hernandez walauoun sudah menginjak ke usia senja sehingga dilihat seringkali berjaya menguasai sebahagian penuh permainan.

Ditambah dengan kemahiran tinggi yang dimilki oleh Andres Inesta dan Cesc Febregas memberikan satu laluan mudah utnuk pasukan Spain menguasai setiap perlawanan. tetapi…tetap malangnya ketiadaan David Villa menyebabkan siri serangan di barisan hadapan pasukan Spain agak terbatas dan sedikit tempang dalam siri Euro 2012 kali ini berbanding aksi meraka secara keseluruhannya ketika menjulang Piala Dunia 2010 dahulu…

Displin, ketenangan mengawal bola dan semangat berpasukan adalah kunci utama kejayaan anak didik Cesare Prandelli menewaskan Jerman 2-1 dalam saingan separuh akhir.

Kalau diperhatikan pasukan Azzurri ini, perjalanan sukar dalam saingan diperingkat kumpulan agak sukar dan tidak diberikan “perhatian yang meluas” dan harapan yang tinggi oleh pemerhati bola sepak terutamanya. Tetapi, selepas memperlihatkan kekuatannya sehingga berjaya menyingkirkan pesaing di suku akhir sebelum menjinakkan The Team, pasukan Italy terus menjelma memberikan kesan positif selepas berjaya menjaringkan gol melalui tandukan dan sepakan deras menewaskan penjaga gol Jerman Manuel Neuer pada babak pertama.

Jerman cuba bangkit mencari gol penyamaan namun ketangkasan penjaga gawang Itali, Gianluigi Buffon menidakkan memusnahkan hasrat anak didik Joachim Low dan peminat pasukan Jerman yang hanya mampu menjaringkan satu gol melalui sepakan penalti dihujung saingan.

Apa yang boleh kami katakan dengan memetik laporan yang dikeluarkan oleh laman Goal.com, Messi dan Ronaldo perlu menghadapi seorang lagi saingan terbaru mereka dalam pencalonan Pemain Terbaik Dunia pada tahun ini iaitu Andrea Pirlo. Kami perhatikan “Arkitek” yang bertaraf dunia ini yang cukup berkarisma dan mempunyai seni yang tersendiri ini sehingga memberikan impak yang cukup besar dalam mengemudi dan memimpin pasukan Italy sehingga ke final Euro 2012, lebih-lebih aksinya ketika membenam pasukan popular seperti England dan Jerman tempoh hari.

Oleh itu, kami merasakan saingan Euro 2012 semakin mendebarkan, dengan rekod pasukan Spain yang tidak pernah kalah dalam saingan Euro 2012 dalam peringkat kumpulan bakal berhadapan dengan pasukan Itali yang penuh misteri yang sarat dengan kejutan walaupun pada awal persembahan dalam kumpulan C. Apa pandangan dan pemerhatian anda sebelum kemuncak Isnin ini bagi perlawanan Spain Vs Itali Euro 2012 final?