klpost

Apa orang Cina Malaysia mahu

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Persoalan ini telah berlaku pada PRU lepas, dimana pemimpin BN sering secara berterusan bertanya.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau bertanya kepada MCA kenapa MCA tidak tahu membaca jiwa kaum Cina? Adakah memang benar jiwa dan sikap orang Cina agak susah untuk difahami?

Sebenarnya soalan ini bukan tiada jawapannya, sebenarnya ia punyai banyak jawapannya, jika bertanyakan kepada 100 orang Cina pasti dapat 101 jenis jawapannya.

Ini bermakna pemimpin BN dan pemimpin MCA sudah pun tahu jawapannya, apa sebenarnya jawapan yang diminta oleh orang Cina, hanya mereka tidak mampu untuk kotakan permintaan itu sahaja.

Kenapa mereka asyik sering tertanya-tanya lagi?

Mungkin persoalannya masih berkisar di minda ahli-ahli politik untuk mempertimbangkannya, sebaik-baiknya bagaimana mereka dapat menawan hati pengundi itu lebih diutamakan, dan masalah itu sedang berkisar kepada bahawa jiwa pengundi sudah tidak boleh ditawan lagi.

Kerana kehidupan rakyat jelata hari ini menghadapi pelbagai masalah, masalah-masalah ini mereka mengharapkan ahli-ahli politik dapat membantu dan meyelesaikannya, jika persoalan ini terus menerus dipertikaikan dan persoalkan, apa sebenarnya yang pengundi mahukan, selepas itu apa harapan yang akan mereka berikan kepada pengundi untuk meraih kemenangan itu, inilah satu dilema yang dihadapi oleh BN terhadap pengundi kaum Cina.

Janji-Janji Politik Disesuaikan Untuk Pengundi

Jika pimimpin BN tukar tajuk bertanya orang-orang Cina mahukan apa? Atau bertanya apa yang pengundi Cina mahukan? Apakah jawapannya?

Mungkin jawapan itu amat mencederakan dan akan menyusahkan, tetapi orang-orang Cina tidak mahukan apa-apa, kerana mahukan sesuatu itu mungkin dianggap begitu terus terang, dan lebih jelas dimana jawapan samar-samar itu agak sedikit sahaja.

Jika bertanya mahu apa kepada 100 orang itu mungkin ada 101 jawapan, tetapi jika bertanya tak mahu apa kepada 100 orang itu mungkin jawapan itu lebih terus terang, mungkin jawapannya hanya tinggal 50 jawapan sahaja.

Sejak PRU lepas sehingga ke hari ini, keadaan antara parti pembangkang dengan parti pemerintah semakin bertentangan, dimana politik mereka semakin ganas dan kurang kesefahaman baik di antara mereka, suasana itu membawa ketegangan, kerisauan dan menggerunkan.

Bagi merebut tiket-tiket undi pihak pembangkang dan pihak pemerintah asyik bertanya kepada pengundi apakah yang pengundi mahukan, selepas itu mereka cuba sesuaikan agenda politik mereka untuk disesuaikan kepada pengundi, perkara itu bukan tidak bagus, jika kita fikirkan kepada realitinya, adakah soalan itu relevan?

Sebagai seorang pengundi, jika bosan dengan soalan-soalan oleh ahli-ahli politik itu kerana bertanya apa yang kita mahukan, mungkin kita akan beritahu mereka, sebenarnya kita tidak berfikir apa yang kita mahukan.

Jawapannya sebegitu mudah sahaja. – Zainuddin Maidin (Bekas Menteri Penerangan Malaysia)