klpost

Anwar mendedahkan “Dr Mahathir mengarahkan supaya ‘jangan sentuh dia’ (Nor)”

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan beliau untuk tidak menghukum Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, walaupun kegagalan beliau dalam skandal matawang Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengakibatkan bank pusat tersebut kerugian RM30 billion dalam pertukaran matawang.

Anwar menerangkan tugasnya sebagai menteri kewangan pada ketika itu hanya mengarahkan Nor untuk bersara dari bank dan melarang penglibatannya dari bidang kewangan negara, sama ada awam atau swasta.

“Dr Mahathir mengarahkan supaya ‘jangan sentuh dia’ (Nor). Perdana menteri ketika itu tidak bersetuju kerana dia berkata ‘jika kita membuat keuntungan, kamu puji dia, tapi kalau rugi kamu nak seksa dia pula’, katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Anwar yang kini menjadi ketua pembangkang, menerangkan secara terperinci tentang kerugian skandal BNM, yang berbillion ringgit dan mengambil masa berdekad untuk mengatasi kerugian tersebut.

Isu itu dibangkitkan ketika sesi soal jawab di dalam parlimen apabila Lim Guan Eng (DAP-Bagan) bertanya kepada kerajaan kerugian sebenar yang ditanggung BNM dalam pasaran pertukaran matawang asing dari 1990 hingga 2012.

Setiausaha agung DAP tersebut kemudian bertanya kenapa Nor, yang dikatakan yang bertanggungjawab atas kerugian tersebut, dilantik sebagai menteri kewangan kedua di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Nor kini adalah menteri di jabatan perdana menteri di bawah kabinet Datuk Seri Najib Razak.

Anwar menerangkan apabila beliau pertama kali menjawat jawatan menteri kewangan pada tahun 1991, BNM tidak pernah membuat sebarang laporan yang melibatkan pertukaran mata wang dalam jumlah berbillion ringgit.

Beliau berkata, apabila perkara itu didedahkan pertama kali, beliau menuntut penjelasan dari gabenor BNM Tan Sri Jaffar Hussein yang menafikan sebarang penglibatan dalam perjudian matawang asing.

“Jaffar memberitahu bahawa beliau tidak tahu menahu apa yang dilakukan oleh Nor yang ditugaskan untuk menjaga perdagangan matawang yang mempunyai saluran secara langsung dengan PM dan menteri kewangan.

“Seperti yang Dr M berulang kali katakan bila beliau jadi PM, kami tidak terlibat dalam perdangan matawang, kecuali dalam amaun minima untuk melindungi nilai ringgit,” katanya lagi.

“Sebab itu, apabila kami mula-mula berdebat tentang laporan BNM di Parlimen awal tahun 1993, kita hanya dapat membaca kenyataan bank bahawa terdapat kerugian yang mampu dikawal,” katanya lagi.

Anwar berkata bahawa “buat pertama kali dalam sejarah Malaysia”, BNM diarahkan untuk berhenti untuk berdagang mata wang asing selepas mendapati bank mencatatkan kerugian yang besar dalam pasaran wang antarabangsa.

Anwar berkata, walaupun beliau pasti Jaffar tidak ada hubungan dengan perkara itu, kemudian beliau bersara sebagai gabenor BNM.

“Sejak itu, setiap tahun, BNM terpaksa membelanjakan setengah juta ringgit untuk mengatasi kerugian tersebut.

“Jangkaan kerugian diantara RM20 billion hingga RM30 billion dan saya percaya gabenor BNM sekarang, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz percaya kerugian itu mencecah RM30 billion dan mengambil masa 10 tahun untuk mengatasi kerugian tersebut,” kata Anwar lagi.

Walaupun skandal tersebut, Nor kemudiannya dilantik sebagai penasihat menteri kewangan oleh Dr Mahathir.
“Bayangkan, seorang yang menyebabkan kerugian RM30 billion dilantik sebagai penasihat menteri kewangan, kepada menteri penuh,” katanya lagi.

Semasa sesi soal jawab di Parlimen sebelum itu, timbalan menteri kewangan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai telah bertanya soalan tentang kenapa kerajaan gagal untuk menghukum kepada mereka yang mengakibatkan kerugian tersebut, sambil mahu mengatakan Anwar merupakan menteri kewangan pada ketika itu.

“Jika kamu (Guan Eng) ingin mengetahui lebih lanjut lagi, adalah lebih baik kamu tanya jiran kamu di Permatang Pauh,” katanya merujuk kepada Anwar. (TMI)