SK

Anwar Ibrahim Merayu Masuk Ke Dalam UMNO

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PENDEDAHAN Ezam Mohd. Noor bahawa Anwar Ibrahim pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula, menarik untuk diteliti tentang siapa Anwar sebenarnya dalam perjudian politiknya ingin menjadi Perdana Menteri.

Ezam berani mendedahkan hal ini kerana dia hadir dalam pertemuan antara Wan Azizah dan anak-anak dengan Tun Abdullah. Hairannya mengapa Anwar masih lagi ingin menyertai UMNO sedangkan dalam kenyataan reformasinya – UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kerajaan adalah zalim memecatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam menyatakan UMNO zalim tentu ada muslihat hasrat itu dibuat. Analisis yang ada ialah Anwar tahu bahawa menerusi UMNO peluangnya untuk naik ada. Mujur Tun Mahathir menyedari bahawa dari sudut integriti, Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri. Walaupun di peringkat awal pemecatan sehingga Anwar ke penjara, ramai simpati dengannya. Hari ini masyarakat semakin tahu mengenai masalah moral Anwar yang tersangat banyak dan Anwar tidak mampu menafikan mahupun menyaman supaya dirinya ‘Bersih’ dan integritinya terpelihara.

Menariknya, mengapa Anwar masih mahu memilih UMNO sebagai platform perjuangan politiknya sedangkan pendekatan yang diambil sehingga kini terus menerus menghina UMNO, seolah-olah apa yang berlaku terhadap dirinya adalah konspirasi UMNO untuk menyekatnya sampai ke Putrajaya.

Maka Anwar mula mengubah strategi. Berkawan dengan Pas dan DAP dalam pakatan pembangkang untuk sampai ke Putera Jaya. Kalau benar Anwar seorang pejuang Islam seperti yang ditunjukkannya dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dulu, logiknya Anwar elok masuk Pas. Tetapi mengapa Anwar enggan masuk Pas. Tentu ada muslihatnya. Pas pula diajak Anwar bersama dengan DAP membentuk pakatan sedangkan DAP mendukung faham sosialis demokratik. Nik Aziz pernah menolak Dr. Syed Husin Ali menjadi calon di Kota Bahru atas alasan berfahaman sosialis.

Pas dan Anwar tahu bahawa DAP tidak boleh menerima hukum hudud Pas. Dasar Pas dan DAP antara bumi dan langit. Tetapi mengapa sanggup mengetepikan perjuangan Negara Islam dan menukar kepada Negara Berkebajikan. Mengapa sanggup menolak prinsip al-Quran dan berkiblat kepada Buku Jingga. Ia juga adalah muslihat Anwar untuk sampai ke Putrajaya. Diwujudkan dedalu untuk meresapi pemikiran ulama sehingga imej Pas hari ini bertukar menjadi Parti Berkebajikan Malaysia. – mySuara.net