klpost

Anwar Ibrahim menawar Timbalan Menteri Pengajian Tinggi masuk PKR melalu Twitter

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Di sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian banyak pihak, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menolak ‘tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim’, yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter.”Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah,” kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim.

Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai parti mesra perikatan itu.

Ia semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu.

Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang.

“Kalau saya tidak jawab, saya kenalah,” kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa “palsu atau tidak, saya masih kena jawab.”

Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah palsu.

“Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu – akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq,” kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.

Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, “terima kasih atas penjelasan – gentleman.”

Akaun @anwaribrrahim setakat tengah hari ini telah mengeluarkan lebih 70 tweet. – KL-Today