klpost

Anwar Ibrahim meminta maaf kepada Perdana Menteri

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SHAH ALAM – Blog Datuk Seri Anwar Ibrahim digodam dan dimuatkan dengan ‘perutusan Aidilfitri’, antara lain ‘meminta maaf’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laman itu, http://anwaribrahimblog.com, digodam kira-kira 20 minit selepas Ketua Pembangkang selesai muncul dalam sesi Borak Bersama Anwar Ibrahim malam tadi. Sesi yang bermula 10.30 malam berakhir sejam kemudian.

Dalam mesej Twitter pagi ini, Anwar menulis: “Blog: Percubaan Menggodam Blog Dato’ Seri Anwar Ibrahim.”

Dalam kenyataan dikeluarkan, Pasukan Pentadbir Blog Anwar berkata, “untuk makluman pembaca, blog ini telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya ‘perutusan khas’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimuat naik di blog ini.”

“Pihak pentadbir blog mengesahkan bahawa ‘perutusan’ tersebut adalah palsu dan bukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, justeru telah mengeluarkan ‘posting’ tersebut serta-merta,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, pihaknya difahamkan keratan skrin posting tersebut telah berjaya dirakam dan kini giat disebarkan oleh ‘cybertroopers’ Umno bertujuan memburuk dan memfitnah Anwar.

Ia serangan siber kedua selepas dua minggu lalu akaun palsu Twitter diwujudkan dan siri mesej dikeluarkan seolah-olah untuk Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

Mesej yang diposkan oleh penggodam di laman blog Anwar antara lain berbunyi, “saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya.”

“Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.

“Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak

mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka.” – Sinar Harian