klpost4

Angkara cemburu, wanita 17 tahun hilang nyawa

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

ALOR SETAR  –  Seorang isteri ditemui mati di rumah keluarga mertuanya selepas terlibat dalam satu pertengkaran dengan suami dan seorang kenalan lelaki mereka di Kampung Alor Gelegah di sini hari ini.

Nor Fatimah Anis Md. Radzi, 17, ditemui mati oleh salah seorang ahli keluarga suaminya yang tinggal bersebelahan rumah itu kira-kira pukul 6.30 pagi ini.

Beberapa jam sebelum itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suaminya serta seorang kenalan mereka di hadapan rumah tersebut, dipercayai kerana faktor cemburu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, mangsa maut dipercayai akibat terkena hentakan objek keras dan polis menahan tiga lelaki iaitu suami mangsa dan dua kenalan mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  –  UTUSAN

(Gambar sebagi Illustrasi)