klpost

Anak tiri Siti Nurhaliza berjumpa dengan Rozita Che Wan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza Taruddin menjelaskan tindakan anak tirinya, Ashraf berjumpa dengan Rozita Che Wan dan bertanyakan soalan apakah benar pelakon seksi yang jelita itu akan mengahwini bapanya itu bukanlah sebagai sesuatu yang serius, sebaliknya ia hanyalah satu gurauan semata-mata.

“Saya dan suami (Dato Khalid Mohd Jiwa) baru sahaja mengetahui mengenai cerita ini. Saya ada bertanyakan pada Ashraf sendiri tentang pertanyaannya terhadap Rozita Che wan dan ternyata dia memberitahu ia hanyalah gurauan sahaja.

“Biasalah budak-budak memang suka bergurau. Jadi saya tidak ambil kisah dan tidak memandang perkara ini sebagai sesuatu yang serius,” jelasnya kepada media di majlis makan malam santai di kediamannya yang terletak di Bukit Antarabangsa, malam semalam.

Dalam laporan sebuah media sebelum ini, Rozita Che Wan ada memberitahu dia telah disapa oleh seorang anak Dato Khalid atau Dato K yang bertanyakan sendiri adakah benar pelakon jelita tersebut akan mengahwini bapanya.

Sungguh pun begitu, Siti Nurhaliza memberitahu perkara itu tidaklah perlu diperbesar-besarkan.

“Saya rasa perkara begini tidak perlu pun hendak diperbesar-besarkan kerana ianya hanya kata-kata gurauan sahaja,” luahnya lagi.

Ashraf merupakan anak ketiga hasil perkahwinan Dato K bersama bekas isterinya sebelum ini.

Dalam majlis makan malam di kediamannya itu, Siti Nurhaliza dan suaminya telah menjemput lebih kurang 50 orang tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan media, pereka fesyen serta juru solek yang selama ini pernah bekerjasama dengannya.

Sumber: Murai