klpost

AmBank sumbang RM 1 bilion kepada Yayasan Azman Hashim

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

azman-hashimKUALA LUMPUR – Pengerusi dan pemilik Kumpulan AmBank yang terkenal dengan sifat dermawannya, Tan Sri Azman Hashim menyumbangkan RM1 bilion daripada kekayaannya kepada Yayasan Azman Hashim di sini malam tadi.

Menurut beliau, sumbangan itu bertujuan membantu pembangunan pendidikan golongan kurang berkemampuan serta meringankan beban badan-badan kebajikan.

“Wang dana sebanyak RM1 bilion itu akan digunakan secara berperingkat bagi membina lebih banyak kemudahan kepada golongan memerlukan.

“Ia tidak terhad kepada bidang pelajaran sahaja kerana jika terdapat bidang lain yang memerlukan bantuan daripada dana ini, ia akan turut dibantu,” katanya. – Kosmo