Wednesday , 30 July 2014

Almy Nadia masuk hospital

 

Dramatis popular, Almy Nadia dilaporkan akan menjalani pembedahan  Apendiks di Pusat Perubatan Kelana Jaya, hari ini.

Ketika dihubungi MH Online, Almy memberitahu dia akan menjalani pembedahan pada jam 11 pagi ini.

Menurutnya, penyakit yang dialaminya itu sudah berlarutan sejak sekian lama. Cuma, kerana kekangan masa Almy terpaksa menangguhkan pembedahan.

MH Online mendoakan agar Almy selamat menjalani pembedahan dan sihat seperti sedia kala.  - MH


Scroll To Top