klpost

Aktres filem mencetuskan marah masyarakat Islam dunia menelan pil tidur – Takut

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

AKTRES filem yang telah mencetuskan marah masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan  tidak selamat selepas protes dan pembunuhan  merebak di seluruh dunia berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu yang mana dengan mesej menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam secara tidak langsung.

Anna Gurji yang berusia 21 tahun, mendakwa melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, namun pengarahnya Nakoula Basseley atau dikenali sebagai Sam Bacile yang berniat jahat, bertindak menukarkan Goerge kepada Muhammad.

“Saya tidak tahu George ditukar kepada watak Nabi Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah sahaja. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem yang ada watak saya itu.

“Saya penganut Kristian Katolik, jadi saya khuatir mereka beranggapan saya juga menentang Islam.Saya berasa sangat dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya sendiri akui berasa malu apabila menonton watak itu,”

katanya kepada wartawan portal The Mail Online.

Gurji berkata lagi, selain beliau barisan pelakon lain yang terlibat filem itu turut berasakan diperbodohkan Bacile yang kononnya tajuk filem berkenaan adalah Desert Warrior atau Innocence of Bin Laden selain langsung tidak berkaitan dengan isu keagamaan.

“Sebenarnya, pada awal saya diberi watak sebagai Hilary. Menurut Bacile, filem itu mengisahkan sebuah komet jatuh di kawasan Timur Tengah, dan perebutan komet berlaku sehingga cetus peperangan untuk merebutnya.

“Filem itu juga sepatutnya mempunyai banyak kesan khas kerana kami berlakon di hadapan layar hijau. Kos penggambaran juga sangat rendah, saya hanya dibayar $75 (RM227.73) sehari.

“Saya tidak tahu bagaimana pula Bacile boleh menukar jalan cerita itu. Mungkin saya bodoh tetapi tiada sesiapa menceritakan hal sebenar. Tiada seorang pun daripada barisan pelakon terfikir filem ini mempunyai agenda agama,”

katanya mengakui filem itu dirakamkan di California.

Bahana Innocence of Muslims

Rusuhan dan protes oleh penganut Islam yang tercetus sejak 11 September lalu dilihat sebagai pengulangan memori insiden serangan di Menara Berkembar di New York, Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengilhamkan pengikut anti-Islam dengan menuduh Islam adalah ganas dan jahat.

Jika filem Innocence of Muslims tidak disiarkan, pastinya bangunan Kedutaan AS di Libya tidak dibakar sehingga meragut empat nyawa warga AS disitu.

Rentetan dari itu, pastinya lebih 20 Kedutaan AS di seluruh dunia tidak diserang masyarakat Islam yang berang dengan tindakan Bacile.

Seterusnya, Presiden AS, Barack Obama tentu tidak akan menghantar tenteranya ke Libya dengan satu tujuan iaitu untuk membalas dendam ke atas kematian rakyatnya. Namun demikian, Obama menggunakan alasan mahu bekerjasama bagi menangkap pembunuh dutanya, Christopher Stevens.

Jelas sekali, filem berkenaan telah mencetuskan protes secara besar-besaran seluruh dunia dari Maghribi sehingga ke Malaysia. Setakat ini, tujuh terbunuh, ribuan cedera dan rusuhan menular ke Sydney, Australia, semalam.

Semalam, AS terpaksa mengarahkan balik dutanya di Sudan dan Tunisia selepas mendapat amaran, Al-Qaeda bakal menyerang kerajaan Obama di Arab dan Barat.

Si penghina Nabi disiasat

Masuk hari kelima, protes filem pendek Innocence of Muslims, lelaki Kristian Koptik, Bacile yang berperanan sebagai penerbit dan pengarah filem itu menyerah diri untuk disoal siasat pegawai persekutuan di balai polis Cerritos, Los Angeles, kelmarin dalam keadaan muka bertutup.

Bagaimanapun penguatkuasa AS memberitahu, Bacile, 55, hanya disoal siasat mengenai penglibatan jenayah kewangan yang berpotensi untuk dipenjarakan semula selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana kesalahan penipuan bank pada tahun 2010.

Jurucakap polis memberitahu, pihak berkuasa tidak melakukan siasatan ke atas projek filem berkenaan dan jika sekalipun ia pencetus keganasan kerana AS tidak mengiktirafnya sebagai jenayah berikutan ia termasuk di dalam akta kebebasan bersuara mereka.