SK

Akhbar KOSMO dengan Kartun Bertajuk WWW 1 Paling Mahal (RM 520,000.00)

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Ipoh, (4 Jun): Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al Hiss bersama Pen. Setiausahanya, Safarizal Saleh telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Perak di sini pagi tadi.

Raja Ahmad menjelaskan, komen DS Nizar berhubung isu pembelian plat WWW1 yang menelan kos RM520k itu tidak seharusnya diperbesarkan kerana Nizar hanya menukilkannya di tweeternya sahaja yang lebih bersifat pandangan peribadinya sahaja.

Beliau menempelak sikap Polis Johor yang tidak rasional dan keterlaluan dalam isu tersebut kerana mahu menyiasat Nizar di bawah Akta Hasutan.

“Kemungkinan besar, Nizar terpengaruh dengan karikatur yang tersiar dalam akhbar KOSMO keluaran 28 Mei lalu,” kata Raja Ahmad sambil merujuk karikatur bertajuk “Plat berharga RM500,000” keluaran akhbar tersebut.

KOSMO pada keluaran 30 Mei, sekali lagi menyiarkan karikatur yang bertajuk “WWW1 paling mahal”

Mengenai rungutan seorang kerabat Johor bahawa kerabat Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan, Raja Ahmad menjelaskan Nizar tidak pernah menimbulkan persoalan tersebut.

Meneliti tweeter Nizar, jelas bahawa Nizar hanya mempertikaikan dari segi kewajaran penggunaan wang sejumlah itu bahawa ianya adalah lebih berfaedah sekiranya dibelanjakan untuk rakyat Melayu Johor yang masih ramai yang miskin, umpamanya membina 20 rumah PPRT.

Nizar sama sekali tidak mempertikaikan sumber wang tersebut atau mempertikaikan khazanah harta Diraja Johor.

Apakah mengeluarkan pendapat sedemikian boleh disifatkan sebagai ‘hasutan’?

Polis johor jangan hanya memandang dengan sebelah biji mata sahaja dan menjadi alat bagi kepentingan politik Umno/BN.

Menurut Raja Ahmad lagi, “Mereka keterlaluan mengecam Nizar dan mahu Nizar disiasat dibawah Akta Hasutan berkaitan pembidaan plat tersebut sedangkan mereka berdiam diri terhadap akhbar Kosmo yang menyentuh perkara yang sama dalam keluarannya pada 28 dan 30 Mei lalu melalui ruangan karikaturnya yang masing-masing bertajuk, “Plat berharga RM500,00” dan “WWW1 paling mahal” -paspb2