klpost

Akauntan rugi RM250,000 diperdaya sindiket

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Seorang akauntan kehilangan duit berjumlah RM250,000 dalam akaun bank miliknya setelah diperdaya sindiket penipuan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mangsa menerima dua mesej pendek pada 6 Oktober lalu, menyatakan bahawa berlaku transaksi pada kad kreditnya di KLIA 2.

Mangsa yang tidak memilik kad kredit dan tidak pernah mendaftar dengan mana-mana bank bagaimanapun menelefon nombor yang diberi sindiket tersebut untuk bercakap dengan seorang ‘pegawai’.

Menerusi panggilan itu, mangsa diarahkan supaya membuat transaksi wang ke akaun yang didakwa dilindungi dan selamat.

Mangsa membuat tujuh transaksi kepada empat akaun seperti yang diarahkan penipu berkenaan.

Sindiket penipuan itu turut memberitahu bahawa transaksi itu adalah satu prosedur biasa.

Mohammad Azlin berkata, kes itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana dakwaan menipu. – mStar