klpost

Agama dan Pakatan Rakyat

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SEBELUM memanjangkan isu ini lebih lanjut lagi, penulis suka nak menyebutkan disini bahawa penulis ada agama, bukan ateis seperti yang dituduh beberapa orang di dalam blog ini.

Tapi, kepercayaan penulis ialah agama sebagai cara hidup individu dan menentukan arah haluan selepas mati.  Setakat itu sahajalah.  Lagipun dari banyak prinsip-prinsip agama yang penulis faham dan baca, adalah lebih kepada hubungan antara individu dengan penciptanya, kalaupun ada membabitkan orang lain, itu adalah antara kalangan keluarga terdekat seperti ibu, ayah dan anak.

Buktinya, kalau ada pun pertanggungjawaban di dalam kubur dan akhirat besok, semuanya berkenaan amalan dan kejahatan individu terbabit, tidak berkaitan dengan parti, negara atau pertubuhan.

Hubung kait agama dengan negara, pertubuhan dan sebagainya ini penulis tidak tahu datang dari mana. Sebab kalau ada, penulis tidak pasti siapa yang harus dihadapkan untuk menjawab, Perdana Menteri, Sultan, Agung atau siapa?

Justeru, penulis sedikit terkilan dengan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempertikaikan tindakan para penyokong himpunan Janji Bersih (anjuran Pakatan Rakyat) pada malam 30 Ogos lepas kerana memijak dan menunjuk punggong terhadap gambar Najib dan Rosmah, atas alasan tidak selari dengan ajaran agama.

Ia memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat terlalu terikat dengan fahaman agama yang sempit sehingga nak buat apa pun tak boleh.

Lagipun, penulis sudah sebutkan dalam artikel sama Sabtu lepas, kalau pemimpin PAS nak komen tentang buruk baik perlakuan tersebut dari segi Islam, lebih baik tau usah, diam lebih menguntungkan.

Kalau Nik Aziz terlalu menitik beratkan ajaran agama, penulis pelik kenapa Nik Aziz masih berada dalam kancah politik yang banyak perlakuan di dalamnya ‘bertentangan dengan ajaran agama’?

Contoh, mendedahkan keburukan Najib dan Rosmah serta pemimpin BN yang lain, adakah itu menurut ajaran agama?  Kalau ya, bagaimana pula dengan firman Tuhan di dalam Al-Quran  yang mengatakan berdosa kalau mendedahkan keaiban orang lain dan seumpama dengannya.  Penulis sempat Google dan terjumpa ayat ini:-

“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (An-Nisaa’ 4:148)

Sudah tentulah ada pendapat lain yang membolehkan perkara tersebut dilakukan atas nama menentang kezaliman pemimpin, atau PAS dan Nik Aziz sendiri tidak menggunakannya dalam sebarang kempen politik parti tersebut, tak gitu?

Samalah kesnya dengan tindakan memijak dan menunjuk punggong kepada gambar Najib dan Rosmah tempoh hari

Nik Aziz perlu ingat, PAS sekarang bukan PAS yang dulu, solo dan boleh berbuat apa sahaja yang disukainya.  PAS sekarang adalah PAS yang bernaung dibawah Pakatan Rakyat – sebuah perubuhan dengan pelbagai kaum dan kepercayaan.

Pakatan Rakyat tidak boleh dilihat dominan kepada mana-mana agama, bukan Islam sahaja, Kristian pun tidak boleh, hindu pun tidak boleh dan Buddha pun tidak boleh, atau nanti Pakatan Rakyat akan menghadapi kesukaran mengawal penganut-penganut agama ini.

Adalah lebih baik dan menguntungkan jika Pakatan Rakyat bebas dari pengaruh agama-agama tertentu kerana itu memberi kita kelebihan yang banyak, tidaklah nanti dituduh terlalu pro agama itu dan ini seperti yang dialami kerajaan BN sekarang kerana terikat dengan Islam sebagai agama rasmi.

Penulis harap, Nik Aziz dapat menarik semula kenyataannya itu dalam jangka masa segera kerana penulis bimbang apa pun himpunan yang akan dianjurkan Pakatan Rakyat selepas ini tidak mendapat sambutan penyokong kerana takut berdosa dan ‘dirasuk pelesit’.

Mungkinkah Tindakan Seperti Ini Pun Akan Diulas NIk Aziz Sebagai Tidak Selari Dengan Agama? Come on la…

– Suara Pakatan Rakyat