klpost

Adi Putra fail cerai terhadap Aida

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Adi Putra fail cerai terhadap Aida
Kuala Lumpur
– Jika pada tahun 2012 Adi Putra pernah memfailkan penceraian terhadap isteri pertamanya, Aida Yusof (namun ditarik balik), menurut sumber mStar Online, Adi sekali lagi memfailkan penceraiannya itu pada 3 Mac lalu.

Menurut laporan portal berita tersebur, pendaftaran penceraian tersebut dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur. Sementara itu usaha untuk mendapatkan kenyataan Adi berhubung perkara tersebut juga gagal kerana kini dia sedang sibuk menguruskan jemaah umrah di Mekah.

Adi dan Aida telah mendirikan rumah tangga tahun 2006 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Nama Adi sekali lagi menjadi perhatian apabila gambar perkahwinan rahsianya tersebar pada tahun lalu.

Apa pun yang dilalui Adi Putra ketika ini, pastinya empunya diri mempunyai jawapan yang tersendiri dalam mengharungi dugaan demi dugaan dalam berumahtangga.