klpost

Adakah saya sesuai untuk berbikini?

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

AKTRES Deepika Padukone bakal muncul dengan filem terkini, berjudul Cocktail bersama Saif Ali Khan. Dalam filem tersebut, dia bakal memakai bikini. Namun, aktres tersebut berpendapat bahawa wanita India tak lawa memakai bikini.

“Saya berharap agar apabila ia dipakai, (bikini), ia harus kelihatan semula jadi. Bagaimanapun, saya rasa, bentuk badan wanita India tidak lawa memakai bikini. Jadi, saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan bentuk badan yang lawa agar mampu memakai bikini dengan baik,” ujar aktres berusia 26 tahun itu.

Bercakap mengenai rejim yang dilakukan untuk kelihatan cantik apabila memakai bikini dalam filem tersebut, Deepika memberitahu dia telah menukar corak pemakanannya.

Ujarnya: “Saya jarang makan malam dan kalau saya makan, saya hanya memakan ikan kukus tanpa mengambil sebarang pencuci mulut.”

Bagaimanapun, kata Deepika, sebaik babak memakai bikini sudah selesai dijalankan, dia kembali kepada rejim pemakanan asal.

“Sebelum memulakan penggambaran dengan babak bikini, saya cukup berdisplin dari segi pemakanan, sehingga sehari selesai babak tersebut, saya telah kembali makan dengan banyak dan mula makan malam,” ujarnya yang tidak melepaskan peluang memakan coklat. – Kosmo