klpost2

Abdul Hadi berani atau pengecut?

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu ada kejujuran politik dan tidak meletakkan syarat untuk menjelaskan mengenai isu Amanat Hadi di televisyen, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Puad yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO turut melahirkan rasa dukacita apabila Abdul Hadi meletakkan syarat untuk menjelaskan isu itu hanya jika diberi peluang muncul dalam siaran langsung di stesen televisyen tempatan iaitu TV1 dan TV3.

“Kenapa perlu ada syarat tetapi dengan DAP yang terang-terangan menentang perjuangan Islam, mereka tak berani pula untuk letak sebarang syarat.

“Pada saya (beliau) tidak jujur untuk menjelaskan isu itu yang telah memberi kesan negatif dan sangat berbahaya hingga mendatangkan perpecahan di kalangan umat Islam negara ini,” katanya.

Puad berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai syarat Anggota Parlimen Marang itu yang hanya akan memberi penjelasan jika muncul di televisyen.

Terdahulu, beliau melawat tiga sekolah di daerah ini yang memulakan hari pertama sesi persekolahan 2013 hari ini, setelah ditutup dua hari akibat banjir.

Puad berkata Abdul Hadi perlu menarik balik amanat itu kerana banyak pengakuan yang dibuat bekas penyokong Pas membuktikan Amanat Hadi itu mendatangkan perpecahan di kalangan umat Islam negara ini.

“Walaupun mereka berkata amanat itu dibuat kerana kesesuaian pada masa itu, mengapa tidak mahu tarik balik pada masa sekarang…kini Pas pun membuat tahaluf siasi (kerjasama politik) bersama DAP.

“Pas pun mengaku sudah berubah kerana keadaan semasa, sebab tu dia kata dia sanggup ubah perjuangan kepada negara berkebajikan, kalau itu tuntutan keadaan semasa…mengapa dia tidak boleh tarik amanat itu sekarang?,” katanya.  – peraktoday