klpost

Abby mula menunjukkan ‘taringnya’

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Nampaknya, Abby mula menunjukkan ‘taringnya’ apabila dikatakan akan mengambil tindakan terhadap sebuah akhbar, Utusan Malaysia.

Ujar Abby menerusi laman sosial Twitter miliknya, mungkin dia akan mengambil tindakan terhadap artikel yang dikeluarkan oleh akhbar berkenaan.

Menurut Abby, artikel yang dikeluarkan oleh utusan Malaysia itu bersifat keterlaluan.

Abby turut menyifatkan cara penulisan wartawan itu seolah-olah telah lama membenci dirinya.

Namun, penulis pelik dengan tindakan sebuah blog yang mengatakan Abby akan menyaman Utusan Malaysia.

Sedangkan pada kenyataan Abby menerusi laman sosial Twitter miliknya hanya berkata “saya akan buat sesuatu”.

Mungkin itu fahaman blog tersebut.

Bagaimanapun, ramai pihak masih menunggu penjelasan dengan lebih lanjut dari Abby.

Malah, ramai yang menanti-nanti apakah tindakan yang bakal diambil oleh Abby. – MyNewsHub