Thursday , 27 November 2014

Abby Abadi mencemarkan imej PAS

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

INILAH kebimbangan yang penulis selalu sebutkan sebelum ini dengan keterujaan sesetengah pihak, terutama dalam PAS, membawa masuk golongan artis ke dalam parti tersebut dan memberi gelaran yang baik-baik (seperti Ustazah), mula mendatangkan padah bila artis tersebut ‘terkantoi’ buat silap dalam soal hukum hakam.

Terbaru, tindakan Abby Abadi bergambar sambil ‘dipeluk dibahu’ oleh bekas suaminya, Norman Hakim, tersebar luas di blog-blog dan laman sosial dikatakan telah mencemarkan imej PAS secara langsung dan Pakatan Rakyat secara tidak langsung.

Orang di Malaysia ini faham sajalah, kalau dah panggil Ustazah tu gambarannya mesti bertudung, buat benda baik-baik, tahu halal haram dan sebagainya.

Jadi bila gambar pegang bahu ini tersebar, ramailah melompat.

Graviti kepada masalah ini boleh dilihat bila ramai yang menghantar e-mail kepada penulis mempersoalkan tindakan Abby itu. Ada yang mengatakan “Nampak sangat pemahaman Abby tentang Islam hanya pada tudung, lain-lain hal, terserlah kejahilannya.”

Menurut e-mail tersebut lagi, bukti kepada kepada kejahilan itu jelas terserlah bila Abby dipetik sebagai berkata ““risaunya lah mereka ini setakat pegang bahu itu, ok saya minta maaf salah saya.”.

Kata penghantar email, hal-hal macam ini sepatutnya Abby memohon ampun kepada tuhan, bukan dengan peminatnya – Abby bukannya beriman dengan peminat kan?

Dari konteks penulis, isu ini sebenarnya kecil sahaja. Kalau nak diikutkan kepada konteks keseluruhan isu ini (berpegang dengan bukan muhrim), dalam himpunan Bersih 3.0 28 April yang lepas, bersentuhan, berpegangan dan seumpama itu berlaku dengan berleluasa sekali.

Tidak ada masalah pun?

Jangan kata Bersih, pergi menunaikan haji di Mekah pun macam itu juga, bersentuh juga (melainkan kalau ada kawalan keselamatan).

Tapi sebab Abby dah jadi ‘figura segera’ dalam politik PAS – hari ini umum sertai parti tersebut, besok dah boleh sertai demonstrasi dan cakap soal Akta ISA di Kamunting, ramailah yang sensitif dan mahu nak menegur.

Lagipun silapnya disini PAS juga. Dulu PAS paling sibuk ‘mengharamkan’ program ‘Sureheboh’ (yang kemudiannya jadi ‘Jomheboh)’ kerana alasan ’pergaulan’ lelaki perempuan yang tidak terkawal, sekarang bila PAS perlu kepada program yang memerlukan ‘bergaul’ seumpama ini, dah jadi masalah besar.

Apa pun ini pengajaran kepada sesiapa yang terbabit agar jaga perilaku masing-masing terutama di depan kamera sebab politik macam inilah, tunggu buat salah saja. Persepsi masyarakat itu penting, buat tak buat, tahu tak tahu, itu soal lain. – Suara Pakatan Rakyat

Scroll To Top
banner