klpost

Aamir Khan letak syarat pelik dalam kontrak kerja

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Aamir Khan
Aamir Khan memang dikenali sebagai antara bintang bernama besar yang profesional ketika bekerja. Beliau selalu tampil memberikan hasil kerja paling terbaik.

Bagaimanapun, aktor berusia 52 tahun ini dikatakan meletakkan satu syarat yang pelik dalam setiap kontrak kerjanya.

Memetik laporan Bollywood Life, Aamir akan memberikan syarat apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pihak produksi sepanjang bekerja dengannya. Salah satunya, beliau akan menolak jika ada penggambaran yang akan dilakukan dari sudut bawah.

Aamir dikatakan akan spontan megubah posisi dan aksi lakonanya jika ada jurukamera yang mahu merakamkan aksinya daripada bawah.

“Aamir Khan selalu meletakkan syarat ‘tidak boleh angle bawah’ dalam kontraknya. Bahkan ketika dia bekerja dengan Ram Gopal Varma pada 1995 lalu dalam syaratnya, dia melarang Ram merakamkan aksinya dengan cara seperti itu padahal Ram sering menggunakan angle tersebut dalam filmnya,” dedah satu sumber.

Sehingga kini, masih belum diketahui apa alasan Aamir meletakkan syarat sebegitu.

Pihak media mendakwa jika itu adalah salah satu ciri khas dalam filem-filemnya yang selalu pecah panggung. Namun satu yang pasti, syarat aneh ini masih menjadi teka-teki sehingga sekarang.

Sementara itu, Aamir kini sedang sibuk dengan promosi filem terbarunya, Dangal. Kemudian dia akan sibuk dengan projek Thugs of Hindostan bersama Amitabh Bachchan.