klpost

7 militan dihukum mati

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Tujuh anggota Daesh yang bertindak memenggal kepala 12 tebusan di pantai Libya pada 2015 telah dijatuhi hukuman mati.

Tiga daripada tertuduh tidak hadir pada prosiding itu.

Selain itu, nasib 13 yang lain akan ditentukan pada 25 November ini.

Bagaimanapun, hukuman itu masih perlu dirujuk kepada mufti besar sebelum dilaksanakan, tetapi pandangan pihak mufti  tidak mengikat dari segi perundangan.

 

Tujuh tertuduh itu didakwa menganggotai kumpulan Daesh di Marsa Matruh, barat laut Mesir.

Kumpulan sama merancang serangan selepas menerima latihan ketenteraan di kem militan di Libya serta Syria.

Video anggota Daesh bertindak memenggal kepala mangsa yang disiarkan pada Februari 2015 telah mencetuskan kemarahan dunia, sekali gus mendorong Mesir melancarkan serangan udara terhadap kawasan militan itu di Libya.