klpost

5,983 pegawai awam disiasat berhubung kes rasuah

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR — Persidangan Dewan Rakyat hari ini dberitahu bagi tempoh 2005 hingga 2011, sejumlah 5,983 pegawai awam telah disiasat berhubung kes rasuah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, daripada jumlah itu, 816 telah dituduh di mahkamah, 324 disabit kesalahan, manaka 69 dilepas tanpa dibebas dan 298 didapati tidak bersalah.

Sebanyak 20 kes telah ditarik balik manakala 105 kes lagi masih dalam proses perbicaraan atau rayuan, katanya menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mengenai jumlah pegawai awam yang disiasat dan keputusannya di sini.— BERNAMA