klpost

443,794 calon ambil UPSR hari ini

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Putrajaya
– Seramai 443,794 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 bermula hari ini hingga hingga 18 Sept ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata daripada jumlah itu, seramai 433,536 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 10,258 adalah calon sekolah swasta.