klpost

4 remaja didakwa bunuh Nhaveen

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Remaja1
Kuala Lumpur
– Empat remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini tadi terhadap pertuduhan membunuh seorang rakan mereka minggu lalu.

Tertuduh, J. Ragesuthen, 18 dan S. Gokulan, 18 bersama dua remaja bawah umur berusia 16 serta 17 tahun mengangguk faham pertuduhan yanh dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan daripada mereka.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama telah menyebabkan kematian ke atas T. Nhaveen, 18, berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh Pulau Pinang, Jalan Kaki Bukit, Glugor kira-kira pukul 11 hingga 12 tengah malam, 9 Jun lalu. – Kosmo