Monday , 21 April 2014

4 inisiatif direka, corak pendidikan Malaysia dapat diubah

PUTRAJAYA  –  Kementerian Pelajaran akan melaksanakan empat inisiatif dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini bagi membolehkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dapat dicapai menjelang tahun 2025 nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif pertama adalah memperkenalkan program ‘School Improvement Partners (SI Partners) Plus and School Improvement Specialist Coaches (SISC) Plus’ di Kedah dan Sabah.

Menurutnya, program itu bagi membolehkan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik terutamanya di sekolah-sekolah yang berada dalam band tercorot iaitu lima, enam dan tujuh dapat dibimbing.

“Saya berpandangan bahawa kedua-dua program tersebut mampu memberi faedah kepada pengetua, guru besar dan guru-guru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perutusan Tahun Baru 2013 Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.  – kosmo


Scroll To Top