SK

300,000 kaum India tiada kad pengenalan, selesai jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

HULU SELANGOR, (12 Mei): Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan isu 300,000 kaum India tiada kad pengenalan, selesai jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Beliau berkata, masalah tiada kad pengenalan membabitkan kaum India tidak harus berlaku lebih-lebih lagi selepas 54 tahun negara merdeka.
“Orang India ini siapa? Mereka sahabat kita, keluarga kita, bukan pekerja asing. Mereka rakyat Malaysia yang dinafi hak. “Anak kita bersekolah sampai tingkatan 5, tiada kad pengenalan? Kalau setahun lepas merdeka, boleh maafkan, ini sudah 54 tahun,” katanya. Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan lebih 5,000 kaum India di Bukit Beruntung, malam tadi, selain turut dihadiri lebih 1,000 kaum lain.

April lalu, kira-kira 200 kaum India berhimpun depan Parlimen menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan masalah itu. Mereka sebahagian daripada 300,000 rakyat Malaysia yang tiada kad pengenalan ekoran tiada surat beranak dan dokumen pengenalan diri lain. Ia menyebabkan mereka gagal mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Selain itu, Anwar menempelak pemimpin Umno BN kerana cuba memperbodoh masyarakat luar bandar yang hidup susah dengan memberi habuan tidak seberapa.

Selepas berbilion-bilion wang rakyat dikaut, Ketua Pembangkang itu berkata, menjelang pilihan raya Umno BN menemui rakyat dan memberi sogokan. “Mereka ingat orang Felda, orang India tidak tahu apa-apa. Bagi duit, bagi hamper, bagi gula-gula tetap akan sokong Umno.
“Kalau Umno ingat orang India begitu, Umno memang tak tahu sejarah. Orang India zaman Mahatma Ghandi, adakah semua masuk universiti? “Tapi mereka ada hati, sebab itu dia boleh lawan Inggeris,” katanya.

Program Demi Rakyat itu berlangsung di padang becak selepas hujan lebat tetapi ia tidak mematahkan semangat rakyat untuk hadir.
Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan sitkom komedi isu politik seperti Bersih 3.0, keganasan polis, SPR serta pemansuhan tol. Kesempatan itu digunakan petugas parti mengedar risalah berkaitan pilihan raya kepada hadirin. Peniaga juga mengedar risalah perniagaan hinggkan hadirin berebut-rebut mendapatkannya kerana disangka risalah pilihan raya.

Turut memberi ucapan, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran; Ahli Parlimen Subang R Sivarasah dan Ahli Parlimen Kapar, Manivakasagam. – Keadilan Daily