klpost

30 mayat di jumpai di jalan – jalanraya

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

AMMAN 27 Ogos – Lebih 30 mayat kebanyakan wanita dan kanak-kanak ditemui di jalan-jalan bandar Daraya, di barat daya Damsyik di sini, semalam selepas tentera President Bashar Assad melancarkan serangan besar-besaran menentang pemberontak.

Jumlah kematian terbaru di bandar Daraya melebihi daripada 120 orang, Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, berkata 32 mayat telah ditemui di jalan-jalanraya dalam kejadian tembak menembak, antara yang terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak.

Rejim zionis itu juga turut menggunakan helikopter untuk menawan kawasan di bandar Aleppo dan juga bandar Daraa yang terletak di sempadan Jordan. – AGENSI