klpost3

3 perompak selongkar rumah menteri

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PerompakKUALA LUMPUR – Tiga lelaki merompak rumah seorang menteri di Jalan Setia bistari, Bukit Damansara di sini, semalam.

Mereka yang menaiki kereta Proton Waja, dpiercayai melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

Beliau berkata ketika kejadian, menteri berkenaan dan isterinya tiada di rumah.

“Suspek dipercayai memanjat tembok di tepi pagar dan masuk ke rumah menerusi pintu depan yang tidak berkunci.

“Pembantu rumah menyedari kehadiran perompak apabila melihat pintu depan terbuka tetapi dia tidak berani menentang mereka,” katanya di sini, hari ini.

Ku berkata pembantu rumah itu juga sempat melihat suspek menyelongkar bilik utama sebelum mereka melarikan diri.

Jumlah kerugian masih disiasat, katanya. – Bernama/Mynewshub