klpost

294,000 rakyat Malaysia diisytihar muflis

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Putrajaya
– Sebanyak 294,000 rakyat Malaysia terlibat dalam kes muflis yang aktif disebabkan sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman sosial, kata Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Rahman Putra Taha hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan statistik jabatan itu, 70 peratus daripada muflis membabitkan mereka yang berumur 35 hingga 45 tahun dan dianggarkan kira-kira 18,000 hingga 20,000 individu diisytiharkan muflis disebabkan pelbagai punca dalam masa setahun.

“Kesemua individu ini, diminta tampil dan mencari jalan penyelesaian bersama Jabatan Insolvensi serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit untuk menyelesaikan masalah itu bagi mengelak terus berpanjangan. Jangan malu untuk berurusan dengan kami.

“Kami sentiasa bersedia membantu mereka yang diisytiharkan muflis untuk keluar daripada kebankrapan dan mendapat pembatalan bankrap melalui mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdi) bersama Suruhanjaya Pencegahanan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, Akta Insolvensi 2016 yang diluluskan Dewan Rakyat Mac lepas dijangka akan dikuat kuasa pada Oktober ini, merangkumi lapan perubahan dasar yang akan diterangkan secara menyeluruh kepada orang ramai melalui siri jelajah ke seluruh negara. – Bernama