klpost4

230, 000 OKU dapat lesen percuma mulai Jumaat

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Kong Cho HaKementerian Pengangkutan pada Jumaat mengumumkan penghapusan bayaran lesen memandu kepada kira-kira 230,000 pemegang lesen memandu motosikal dan kereta di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, langkah yang dibuat itu selaras dengan hasrat kerajaan dalam usaha membantu dan meringankan kos sara hidup golongan berkenaan.

“Walaupun sebelum ini bayaran cukai jalan untuk kenderaan OKU telah dihapuskan, namun mereka tetap membayar kadar fi lesen memandu yang sama seperti pemandu biasa.

“Jadi, bermula hari ini OKU yang membonceng motosikal dikecualikan bayaran lesen memandu dan hanya dikenakan bayaran RM2 setahun untuk kos lesen sahaja.

“Bagaimanapun bagi OKU yang memegang lesen memandu kereta, penghapusan bayaran fi hanya berkuatkuasa pada 1 Mei depan disebabkan beberapa masalah teknikal,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lumut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program penyeragaman lesen memandu vokasional di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung, dekat Lumut,

Menurutnya, selain itu, bayaran ujian memandu bagi OKU yang dikenakan sebanyak RM10 sebelum ini juga turut dihapuskan berkuatkuasa hari ini.  –  Perak Today