klpost

21 ahli Geng 04 didakwa

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


George Town
– Seramai 21 ahli Geng 04 termasuk seorang remaja bawah usia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Pulau Pinang, sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ke atas tertuduh berusia antara 17 hingga 57 tahun, sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 130 V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan ke atas semua suspek selepas mengambil kira pertuduhan kes dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Norsalha menetapkan semua tertuduh tidak diikat jamin, manakala 14 September sebagai tarikh mendapatkan izin pemindahan kes dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. – BH Online