klpost4

2 nyawa melayang serentak

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUANTAN  –  Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lori di Jalan Bukit Setongkol-Cenderawasih di sini.

Dalam kejadian pukul 10 pagi semalam, Mohd Adam Firdaus Mohd Sharif, 18, dari Bukit Setongkol mati di tempat kejadian, kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt  Mohamed Fauzi Abdul Rahim.

Kejadian berlaku apabila motosikal mangsa yang datang dari kawasan perumahan Cenderawasih menuju ke bandar Kuantan, merempuh lori terbabit yang sedang membelok masuk ke simpang kanan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke atas jalan itu dan mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, katanya di Bera, seorang penunggang motosikal juga maut selepas dilanggar sebuah lori di Jalan Felda Gugusan Bera pada pukul 7.50 malam semalam.

Muhammad Syahrin Lokman, 21, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Luas, Triang.

“Kejadian berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah bandar Triang menuju ke Felda Triang 1.

“Sampai tempat kejadian, mangsa telah dilanggar oleh lori terbabit yang datang dari arah sama sehingga menyebabkan mangsa terjatuh,” katanya.

Akibat itu, mangsa yang bekerja sendiri dan berasal dari Felda Triang 1 terbabit cedera teruk di kepala dan badan, katanya.  –  Bernama