klpost

2 Kem besar dalam PKR Selangor Wan Azizah vs Azmin Ali

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SOAL Presiden PKR akan bertanding di kerusi DUN dalam pilihanraya yang akan datang, bukanlah satu isu baru. Semua orang tahu hal ini, malah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pun telah memberi lampu hijau kepada Wan Azizah untuk bertanding di peringkat DUN.

Selain beliau, seorang lagi anaknya yang dipersiapkan untuk bertanding dalam pilihanraya kali ini (selain Nurul Izzah yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai) ialah Nurul Nuha Anwar.

Tapi yang mengejutkan penulis dan mungkin ramai orang lain, maklumat awal yang mengatakan Wan Azizah mungkin akan bertanding di Pulau Pinang ternyata meleset. Wan Azizah sebenarnya dikatakan akan bertanding di salah satu kerusi DUN dalam negeri Selangor.

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya apa dan siapa yang membawa kepada perubahan mendadak ini?

Sebelum itu penulis suka nak menyatakan disini, wujudnya 2 kem besar dalam PKR, masing-masing diketuai oleh Wan Azizah dan Timbalannya, YB Azmin Ali, bukanlah isu baru. Malah kalau nak disebutkan disini, beberapa isu besar membabitkan Menteri Besar Selangor dan Setiausaha Politiknya sebelum ini, dikaitkan dengan pergeseran yang timbul antara 2 kem berbeza ini.

Tan Sri Khalid Ibrahim dan Faekah Husin diketahui umum sebagai antara orang yang rapat dengan Wan Azizah.

Dari maklumat dalaman yang penulis terima, pencalonan Wan Azizah di Selangor ini ada kaitan dengan cubaan untuk memecahkan monopoli Azmin, yang juga disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid yang khabarnya tidak akan dicalonkan semula.

Menurut sumber penulis, Azmin yang juga Pengarah Pilihanraya PKR Pusat, telah menggunakan kedudukkannya itu untuk meletakkan orang-orangnya di beberapa kawasan penting dalam DUN Selangor sebagai calon, mengatasi calon pilihan Wan Azizah sebagai Presiden sendiri pun.

Perkembangan ini sudah tentu tidak disenangi Wan Azizah. Azmin menurutnya, tidak harus membelakanginya sebagai Presiden walaupun jawatan Pengarah Pilihanraya itu memberi kuasa kepada Azmin untuk menentukan calon yang sesuai untuk kerusi mana.

Oleh yang demikian, Wan Azizah telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya dalam PKR untuk masuk campur dalam urusan calon di Selangor, termasuk mencalonkan dirinya sendiri!!

Atas sebab yang sama juga senarai calon PKR (DUN dan Parlimen) di banyak kawasan dalam pilihanraya akan datang tidak dapat dimuktamadkan sehingga sekarang atas sebab campur tangan inilah.

Penulis sebenarnya bimbang dengan perkembangan yang tidak sihat ini. Penulis bimbang kerana kelihatannya tidak ada sesiapa pun yang mampu mencelah di antara ’2 singa’ yang berlaga ini, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khabarnya bagi menenangkan keadaan, ketiga-tiga mereka sekarang dilaporkan sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Penulis berharap selepas kembali nanti, masing-masing dapat mengenepikan perbezaan yang timbul antara keduanya dan menumpukan sepenuh perhatian kepada masa depan parti, maklumlah, baru selesai tunai ibadah. – SPR