Administrator

170kg daun ketum bernilai RM15,300 dirampas

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

ALOR SETAR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pasukan Rondaan Batalion Kedua Rejimen Renjer DiRaja (2RRD) merampas 170 kilogram daun ketum bernilai RM15,300, kira-kira 6 petang semalam.
Panglima 6 Briged Brig Jen Abdul Aziz Ismail berkata pasukan tersebut menemukan tujuh guni berwarna putih yang dipercayai hendak diseludup ke negara jiran itu di sekitar kawasan rondaan berhampiran Pos Sahara.

“Hasil pemeriksaan berjaya merampas lebih kurang 1,500 ikat daun ketum seberat 170kg dengan anggaran nilai RM15,300.

“Penyeludupan daun ketum ke negara jiran ini semakin berleluasa disebabkan permintaan dan harga yang tinggi yang mana sekilogram daun ketum berharga RM90,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Aziz berkata daun ketum yang dirampas itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang untuk tindakan lanjut. – Bernama