SK

15 samseng bertopeng hitam, membelah kepala lelaki

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

KUALA LUMPUR – Seorang pengusaha kedai besi buruk menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila dia dibunuh oleh sekumpulan 15 lelaki bertopeng hitam yang menetak kepalanya menggunakan parang panjang dalam kejadian di Taman Sri Murni Jinjang, Kepong dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 4.30 petang itu menyebabkan R. Sivanesan, 35, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang. Difahamkan, kepala Sivanesan hampir terbelah akibat tetakan samseng-samseng terbabit, seperti di laporkan dalam Kosmo.

Polis masih menyiasat motif utama pembunuhan tersebut tetapi sumber memberitahu, ia berkait rapat dengan dendam lama dan perebutan kawasan tapak perniagaan besi buruk.

Selain membunuh mangsa, suspek yang datang ke premis mangsa dengan menaiki empat buah kenderaan termasuk sebuah kereta Proton Waja dan Naza Citra turut melarikan wang RM5,000 dan seutas rantai bernilai RM10,000 milik mangsa.