klpost

12-12-12: Tarikh Unik untuk 6 bayi

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Kuala Lumpur  –  Seorang ibu muda di Alor Setar melalui pengalaman manis berganda apabila bayi keduanya bukan saja lahir pada tarikh istimewa 12.12.12, tetapi dilahirkan dalam kereta betul-betul di luar wad kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Difahamkan, Siti Hajar Ibrahim, 28, dari Kampung Madrasah, Kuala Kedah antara 10 ibu bertuah yang melahirkan bayi istimewa seberat 3.75 kilogram sempena tarikh keramat itu, kira-kira jam 4.45 pagi di HSB, semalam.

Anak Siti Hajar antara 137 bayi dilahirkan pada tarikh unik 12.12.12 di Kedah, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuching, semalam.

Siti Hajar ketika ditemui berkata beliau bersyukur melahirkan bayi pada tarikh itu walaupun doktor menjangka dia akan bersalin pada 23 Disember ini.

Di Kuala Lumpur, sehingga jam 4 petang semalam, seramai 46 bayi masing-masing 26 dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), 14 (Pusat Perubatan Gleneagles) dan enam Pusat Perubatan KPJ Damansara.

Di Kota Kinabalu, seramai 26 bayi dilahirkan mengikut kaedah normal dan pembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Di Johor Bahru sehingga jam 6 petang semalam lima bayi dilahirkan di Hospital Pakar Johor.

Di Kota Bharu, seramai 22 bayi dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) membabitkan masing-masing 11 bayi lelaki dan perempuan.

Di Kuching, seramai 28 bayi dilahirkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala enam lagi bayi dilahirkan di Pusat Perubatan Pakar Normah (NMSC).

Daripada 28 bayi yang dilahirkan di HUS seramai 15 bayi lelaki, manakala di NMSC pula daripada enam bayi dilahirkan semalam, hanya dua lelaki.  –  BH