klpost

10 Petunjuk: Malaysia dalam krisis?

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

malaysia-economy1
Sedap mulut para pemimpin pembangkang seperti Dr Mahathir, Muhyiddin, Kit Siang dan sebagainya sering menuduh Malaysia sekarang dalam krisis dan oleh itu, perlu “diselamatkan”.

Setiap pemimpin pembangkang dan blogger2 yang sewaktu dengan mereka sering keluarkan kenyataan-kenyataan begini. Malaysia dalam krisis ekonomi, bankrap, pengemis di negara sendiri, negara gagal dan sebagainya.

Propaganda-propaganda media sosial yang sama berbunyi dari entah siapa juga melambak dan viral.

k1

k2

k3

k4

k5
Mahathir mudah lupa, Muhyiddin lupa mudah, Melayu mudah lupa dan rakyat Malaysia mudah lupa.

Mari kita menyelidik sepuluh petunjuk samada Malaysia dalam krisis atau tidak.

1. Indeks saham Bursa Malaysia.


krisis-new1

Indeks saham ialah petunjuk yang baik bahawa Malaysia bukan dalam krisis. Kalau benar-benar krisis, indeks saham akan menjunam seperti di tahun 1998 zaman Mahathir dan Anwar bila indeks saham menjunam lebih dari 80% dalam masa yang singkat.

Kalau Malaysia dalam krisis, siapa lagi akan melabur dan membeli saham? Tentu kalau krisis, semua akan jual saham-saham yang dipegang dan belah.
Sebaliknya, indeks saham hari ini masih lebih dua kali ganda dari indeks tahun 2009 bila Najib Razak mula mentadbir.

2. Pendaftaran Kenderaan Baru

krisis-new2
 Kalau Malaysia dalam krisis, maksudnya jualan dan pendaftaran kereta baru akan menjunam – seperti pada tahun 1998 yang jatuh lebih dari 59% dalam jangka masa satu tahun.

Sebaliknya, penjualaan kereta di Malaysia masih kukuh di paras yang tinggi berbanding tahun sebelumnya – walaupun mengalami kejatuhan 13% kerana perintah Bank Negara untuk mengurangkan pinjaman bank untuk pembeli kenderaan dan rumah.

3. Matawang Ringgit ke USD

 

krisis-new3

Sebenarnya, Ringgit hanya jatuh 16% berbanding dengan kadar pada tahun 2009. Kadar FOREX sememangnya ada naik dan turun. Kenaikkan Ringgit tahun 2009 to 2013 kepada tahap setinggi USD1 = RM 2.93 ialah kerana faktor harga minyak dunia yang tinggi dan aliran wang asing masuk ke Malaysia kerana kemelut ekonomi Amerika Syarikat.

Pada tahun 2014 pula, harga minyak dunia mula turun dan aliran wang asing sudah mula mengalir balik kepada Amerika Syarikat kerana ekonomi mereka pulih.

Tetapi dalam tahun 1998, kejatuhan Ringgit sebanyak 45% berlaku pada masa yang sangat singkat – tanpa pengaruh faktor-faktor lain seperti harga komoditi dunia ataupun kemelut di ekonomi Amerika. Ini benar-benar krisis dan tidak sama dengan keadaan sekarang.

Ini ialah sebab Ringgit terpaksa ditambat ke paras USD1=RM3.80 pada masa itu.

Situasi sekarang tahun 2016 tidak memerlukan kerajaan tambat matawang kerana kestabilan matawang masih terkawal. Lebih-lebih lagi, matawang-matawang negara pelanggan dan yang besaing dengan Malaysia juga turun berbanding dengan USD.

Kalau setakat nak guna kadar matawang untuk menyerang Najib, perlulah ditanya mengapa Mahathir boleh tambatkan Ringgit dan Najib tak boleh pulak?

Tentu boleh jika sangat diperlukan tetapi Najib tidak akan gunakan jalan mudah dan penakut macam Mahathir.

4. Kadar Faedah Pinjaman Bank
krisis-new4
Pada tahun 1998, kadar faedah pinjaman bank naik setinggi 13.5% kerana bank-bank Malaysia kekurangan wang dan keperluan Bank Negara pada masa itu untuk mempertahankan nilai Ringgit. Bila kadar pinjaman naik, pelabur asing akan tertarik untuk melabur di Malaysia untuk menikmati pulangan yang simpanan bank yang tinggi.

Kadar pinjaman yang tinggi pada masa itu menyeksa banyak peminjam individu mahupun korporat – mengakibatkan banyak yang muflis dan mengakibatkan ratusan projek-projek yang gagal.

Tahun 2016 pula, kadar pinjaman bank rendah pada tahap 4.5% – malah, sudah dua kali diturunkan tahun ini.

5. Projek-projek terbengkalai
Tahun 1998, banyak syarikat – besar mahupun kecil – yang gagal kerana terdesak kadar faedah pinjaman naik mendadak. Akibatnya, banyak projek-projek pembangunan sudah terbengkalai.

Ada yang masih dalam keadaan ini sampai hari ini – termasuk taman perumahan di Lembah Beringin, Selangor, projek Plaza Rakyat yang terkenal sebagai “kolam ikan dan jejentik” terbesar di Kuala Lumpur dan hotel 5 bintang Duta Grand Hyatt di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail.

Zaman Najib tahun 2015-2016, tiada sebarang projek-projek yang terbengkalai.

Sebaliknya, usaha untuk memulihkan projek Plaza Rakyat dan projek hotel Duta Grand Hyatt sudah bermula.


6. Nisbah Pinjaman bank yang bermasalah

 

krisis-new6

Kadar faedah pinjaman bank tahun 1998 telah menyebabkan banyak syarikat dan individu untuk tidak lagi mampu membayar pinjaman-pinjaman bank. Ini telah menyebabkan banyak pinjaman bank yang bermasalah dan menimbulkan kerugian kepada bank-bank di Malaysia.

Nisbah hutang yang tak dibayar (Non-performing loan ataupun NPL industri bank pada tahun 1998 naik sehingga 14.9%. Ini bermaksud, setiap RM100 yang dipinjam keluar oleh bank ada RM14.90 tidak dapat dibayar balik.

Tahun 2016 amat berbeza. Nisbah ini hanya tahap 1.6% – suatu kadar yang sangat selamat.

7. Prestasi bank-bank di Malaysia
 

 

krisis-new7

Tahun 1998, banyak bank-bank yang terancam akibat hutang-hutang yang tidak dapat dikutip semula. Keadaan ini sudah tahap kritikal sehingga perlunya karajaan untuk menubuhkan DanaHarta dan DanaModal untuk menyelamatkan bank-bank dan syarikat-syarikat yang bankrap.

Tahun 2016 sangat berbeza. Nisbah hutang tak berbayar rendah dan keuntungan bank-bank Malaysia adalah baik dan meningkat. Tiada sebarang keperluan untuk dana-dana penyelamat seperti DanaHarta dan DanaModal.


8. Menarik pelaburan projek berbanding meminta pertolongan pinjaman cemas

 

krisis-new8

 Menarik pelaburan dan pinjaman dari Negara Cina untuk projek pembangunan bermanfaat di Malaysia berbandingkan permintaan secara terbuka untuk meminjam wang secara segera dari Singapura dan Jepun untuk mengatasi krisis ekonomi. Amat nyata perbezaannya.

Tak percaya Mahathir pernah menjatuhkan air muka beliau dan negara untuk meminta Singapura dan Jepun untuk bantuan kewangan cemas untuk menyelamatkan negara?

Boleh tengok video Mahathir sendiri mengakui ini kepada dunia di sini dan baca dari arkib perpustakaan Perdana di sini.

Inilah maksud negara dalam krisis. Bukan sekarang. Mahathir mudah lupa.

9. Pertumbuhan KDNK (GDP)

krisis-new9
 Takkan negatif dan positif tidak dapat dibezakan? Pertumbuhan ekonomi tahun 2015 dan 2016 masih kukuh – terutama kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran kita.Takkan pihak pembangkang tak tahu ada “slow-down” ekonomi dunia sedang berlaku sekarang? Kalau pemimpin-pemimpin pembangkang erti baca Bahasa Inggeris, bolehlah baca berita-berita bulan November 2016 yang bertajuk ‘Technical recession looms’ for Singapore” ataupun “Australia’s Economy Posts Worst Decline Since 2008”

Berbanding negara-negara dunia termasuk negara jiran kita, ekonomi Malaysia masih baik lagi.

Walaupun ada kelembapan akibat keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil, namun pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 20 yang terbaik di dunia. Malah pada suku ketiga 2016, pertumbuhan KDNK sudah mula meningkat semula.

Pertumbuhan GDP Malaysia 2017 juga dijangka lebih baik berbanding 2016.


10. Nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ataupun Debt-to-GDP ratio


krisis-new10

Pada lima tahun pertama Mahathir memerintah, dia telah menaikkan nisbah ini dari 44% tahun 1981 sehingga 103.4% tahun 1986.

Jika kita tidak muflis ketika kadar 103.4% pada tahun 1985, bagaimana mungkin kita boleh menjadi bankrap pada kadar 53.4% sekarang?

Ada logik tak?

Malahan nisbah 53.4% ini adalah selamat. Boleh lihat disini siapakah negara-negara yang ada nisbah yang lebih tinggi dari kita.

Kalau Malaysia dianggap sudah bankrap pada nisbah 53.4%, maka 70 lagi negara lain yang juga sudah bankrap termasuk kebanyakkan negara-negara yang maju.

krisis11
Hutang negara, walaupun nilai (bukan nisbah) meningkat, tidak sepatutnya dilihat secara mutlak – tetapi dibanding dengan kemampuan untuk membayar balik.

Takkan dikatakan kerani yang ada hutang RM10,000 kad kredit dikatakan 5 ganda lebih selamat dari seorang pengurus besar syarikat bersenarai yang ada hutang kad kredit sebanyak RM50,000?

KESIMPULAN

Jelas dari perbandingan diatas bahawa Dr. Mahathir, Kit Siang, Muhyiddin dan para pemimpin pembangkang amat mudah lupa. Senang-senang melaungkan “Krisis” walaupun jelas bukan krisis.
Ini semata-mata permainan politik mereka sahaja.

Iya. Malaysia perlu diselamatkan. Dan siapa yang akan selamatkan Malaysia?

Tidak lain dan tidak bukan, mereka yang akan “menyelamatkan Malaysia”.

Matlamat mereka hanya satu sahaja. Menakutkan orang ramai dan merendahkan pencapaian ekonomi negara demi hasrat mereka untuk merebut kuasa kerajaan.

Itu sahaja.

Tetapi, permainan politik macam ini sangat berbahaya kerana akan menakutkan dan menurunkan keyakinan pengguna dan pelabur untuk terus memajukan negara. Kalau pengguna sering ditakutkan dengan propaganda tipu, mereka akan henti ataupun mengurangkan perbelanjaan. Bila perbelajaan turun, maka jualan kedai2 pun turun. Jualan kedai2 turun maksudnya mereka tidak akan melabur untuk membuka kedai yang baru ataupun akan mengurangkan pekerja dan menghapuskan peluang pekerjaan.

Jangan tertipu dengan para penjahat-penjahat yang busuk hati ini.

Sumber – limsiansee.blogspot.my